Sub Logo

Sejarah Sekolah

1965

Usaha permulaan untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah di kawasan Langkap

Peringkat awal menumpang di SRJK (C) Wah Keow, Langkap dengan 111 orang pelajar peralihan dan 5 orang tenaga pengajar. Guru Besar pertamanya adalah En. Wariyam Singh

 1967

 Pada tahun 1967, barulah bangunan tetapnya dibina di tapak sekarang ini. Bangunan ini mengandungi 8 bilik darjah, 2 bilik seni perusahaan, 2 bilik sains rumah tangga, sebuah makmal sains, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru. Apabila bilangan pelajarnya meningkat, sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 8 bilik darjah telah dibina dan siap pada tahun 1969.

1969

 

1974

 

Pada tahun 1974  nama sekolah ini ditukar  kepada Sekolah Menengah Dato’ Sagor sempena mengambil nama pahlawan Melayu Perak yang menentang penjajahan Inggeris.

 1983

Pada September tahun 1983 bangunan pasang siap mengandungi 5 bilik darjah telah dirikan

2003

 

Memandangkan kepada pertambahan pelajar yang pesat, maka pada bulan November 2002 Bangunan baru 4 tingkat yang berkonsepkan sekolah wawasan telah mula dibina. Bangunan baru ini siap sepenuhnya pada Disember 2003

2004

Bangunan ini mengandungi 12 bilik darjah, bilik guru, pejabat dan bilik mesyuarat. Bangunan ini mula digunakan pada Mac 2004.

↓